The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan FA RO16 | Malaysian University vs Selangor FC | Kempen Piala FA bermula hari ini.

Aug 16, 2025 - FAS

Skuad Gergasi Merah bakal beraksi dalam Pusingan 16 perlawanan pertama saingan Piala FA 2025/26 pada jam 5 petang ini menentang Malaysian University di Stadium MBPJ sebagai pasukan pelawat.

Menurut Katushito Kinoshi, ketua jurulatih Selangor FC, tidak kira siapa lawan, kita perlu hormati mereka dan berikan sembahan yang terbaik dalam perlawanan sebentar lagi.

"Kita perlu sentiasa fokus untuk perlawanan seterusnya, dan kami telah mempersiapkan diri untuk perlawanan hari ini. Dalam bola sepak, kita perlu hormat pihak lawan, tidak kira liga mana mereka bermain, kerana dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku. Oleh itu, kita akan beraksi dengan seratus peratus semasa berdepan mereka. Beraksi di laman sendiri semestinya memberi kelebihan kepada pasukan, tetapi Malaysian University datang ke Stadium MBPJ bukan untuk kalah dan mereka merupakan pasukan tuan rumah hari ini. Jadi, kita akan berikan yang terbaik dalam berlawanan sebentar lagi."

Bagi keberadaan pemain, “Kami barisan jurulatih perlu mengambil kira keletihan dan keadaan pemain yang mungkin turut beraksi dalam perlawanan Rabu ini. Mungkin ada perubahan, atau mungkin tidak. Walau bagaimanapun, semua pemain bersedia untuk beraksi petang ini," tambahnya.

Pihak pengurusan Selangor FC percaya pasukan akan beraksi dengan seratus peratus di atas padang yang dapatkan kemenangan bagi perlawanan pertama Pusingan 16 ini. Ayuh Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!